UUM

Next story pasal Pengajian Jarak Jauh (PJJ )..  Pada 2018 aku buat keputusan untuk sambung belajar untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Awam,  aku memilih Universiti Utara Malaysia kerana tertarik dengan time study yang flexible iaitu sebulan 1 kali untuk kuliah, selain tu format pengajaran dan pembelajaran (PnP ) masih sama macam  belajar sepenuh masa, so bila dalam kelas kita boleh fokus dan faham apa kita belajar, berbanding dengan universiti lain yang lebih banyak belajar secara atas talian. Cuma bila pjj ni sesi PnP akan lebih cepat dan laju, so aku kena biasakan diri untuk cath up semua silibus yang di ajar, walau susah aku tetap berusaha untuk genggam segulung Ijazah untuk masa hadapan.




Nasib baik 2 sahabat aku ecah dan tisha sama-sama nak sambung belajar, kami 1 skuad semasa jalani kursus asas kadet sarjan di Kuching dan kami posting di tempat sama, di JB cuma IPD berbeza. orang cakap kalau ada kawan baru syok belajar, kami saling bantu antara 1 sama lain dalam buat tugasan or study.


Sambung belajar ke peringkat lebih tinggi memang menjadi impian sejak dulu, cuma kekangan masa dan kewangan yang menghalang aku sebelum ni, selain untuk kenaikan pangkat, belajr semula sudah tentu akan dapat menambahilmu pengetahuan, aku dapat belajar banyak benda, buat sesuatu yang tak pernah aku buat. apabila kita membuat tugasan pasti ada benda baru yang aku dapat, contoh aku dapat belajar cara menjadi pengacara ala-ala wartawan gitu hihi, ok aku share 1 video tugasan kumpulan aku dalam sabjek  kenegeraan malaysia.


 Sekarang aku di Semester kedua, ada lagi 7 semester kena lalui.. aku berdoa semoga segala urusan di permudahkan dan dapat tamat belajar dengan jayany. Amiiiiin.

Comments