Penderaan Kanak-Kanak

Ok selain isu jenayah seskual, kes keganasan rumah tangga, kes penderaan kanak-kanak juga salah satu skop tugas aku sekarang, so untuk entri kali ni aku nak share sedikit info untuk semua.

 Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah masalah global yang besar. Ia memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara amnya.



Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk :
  • Penderaan fizikal
  • Penderaan seksual
  • Penderaan emosi
  • Pengabaian


  1. Dari segi perundangan pula  kanak-kanak yang di dera ini di bela melaui Akta Kanak-Kanak 2001, di mana pelaku akan di hukum dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka,  akta ini telah dikuatkuasakan sejak tahun 2002. Bagaimanapun pada tahun 2016, 69 daripada 128 Akta ini telah dipinda selain pertambahan 13 Seksyen baharu bagi memenuhi keperluan isu perlindungan kanak-kanak semasa.
    Secara amnya, kewujudan Akta Kanak-Kanak 2001 ini bertujuan untuk mengukuhkan perlindungan, pemeliharaan dan pemulihan terhadap kanak-kanak selain memperkasakan penglibatan masyarakat atau komuniti dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyelamat serta memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang teraniaya. Ia diperlukan di negara kita bagi melindungi hak kanak-kanak agar terpelihara dari segi undang-undang, selari dengan Konvensyen Mengenai Hak Bagi kanak-Kanak.



Ok last but not least, ambillah tanggungjawab di mana sahaja kita berdiri. Berdiri sebagai penjaga memerlukan iman yang kuat di hati untuk melihat anak kecil ini sebagai anugerah yang terindah dan ibu bapa harus menjadi institusi untuk membimbing serta mendidik anak-anak mereka supaya lebih bertanggungjawab, lebih berwaspada dan mempunyai jati diri yang kental untuk menghadapi cabaran yang ada.

Keluarga juga perlu menyediakan persekitaran yang selamat dan bebas daripada segala bentuk keganasan. Tanggungjawab memberi perlindungan dan menjamin keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab utama ibu bapa. Selain ahli keluarga, masyarakat seperti jiran, para guru juga perlu memainkan peranan sekiranya ternampak, terdengar ada kanak-kanak yang menjadi mangsa dera, segera lah ambil peluang untuk membantu mereka, kerana anak kecil ini tidak mampu untuk menyelamatkan diri mereka tanpa bantuan dari orang dewasa.


Comments