Sejak aku sekolah rendah lagi aku dah simpan cita-cita untuk jadi seorang anggota polis. Alhamdulillah masa umur aku 25 tahun aku dapat capai cita-cita menjadi salah seorang anggota Sang Saka Biru, perasaan masa tu sangat seronok, dan kalau nak tahu masa latihan asas, tiap kali terpacak di tengah padang kawad untuk nyanyi lagu Sang Saka Biru dengan Polis Sedia Berkhidmat memang dalam hati sebak, rasa nak nangis tau. Kini hampir 5 tahun berkhidmat masih mentah bak kata orang lama-lama tapi aku cuba sedaya uoaya untuk buat yang terbaik dalam kerjaya aku, sebab aku sayang akan kerjaya aku, aku bangga dalam bidang yang aku pilih.
gambar dalam pusat latihan
Dalam PDRM ni kita bukan buat kerja hakiki kita sahaja, kita akan buat kerja lain-lain juga yang berkaintan dalam skop tugas lah seperti beri ceramah, pameran,operasi, perlu turun berjumpa dengan masayarakat, selain tugas kami orang juga perlu jadi fleksible contoh perlu tahu bagai mana nak uruskan kalau ada majlis, belajar protokol masa bersama VVIP, belajar jadi pramusaji dan kadang-kadang belajar jadi penghibur haa tu yang seronok sebab kita bukan buat 1 kerja je, kita akan dapat belajar banyak benda dan kenal ramai orang. aku yang tak reti menari ni pun dah boleh lah sikit-sikit sebab dulu ada kena menari zapin lah, poco-poco lah dan lain lagi untuk majlis-majlis tertentu.
ni je koleksi yang ada hihi lain hilang
Impian aku dalam PDRM agar aku dapat melangkah lebih jauh dalam, salah satu sebab aku sambung pengajian sebab nak cuba untuk kenaikkan pangkat menjadi seorang Pegawai Polis dan selepas itu akau ingin pergi lebih jauh, mahu cuba dalam unit-unit yang lain, aku nak belajar lebih banyak tentang PDRM , aku tak mahu kekal di tampok yang lama sahaja, biar semua cawangan aku pernah kerja so banyak benda aku tahu.. masih aku ingat kata-kata jurulatih aku apa maksud polis ni ?
P - pasal
O- orang
L-lain
I- ia (kita )
S- susah
So maksudnya warga PDRM memang di pertangunggjawab untuk selesaikan masalah orang lain, bantu mereka, selari dengan sloga Polis dan Masyrakat Berpisah Tiada, so polis perlu sedaya upaya bantu mereka yang dalam kesusahan, namun masyarakat juga perlu lah bersifat timbang rasa dengan polis, kena bantu polis bukan sekadar mencari salah dan kekurangan sahaja, bila bekerjasama semua akan jadi mudah.
Dan akhir sekali harapan aku dalam PDRM , semoga semua pihak dari pihak atasan PDRM, kerajaan dapat sama-sama menajaga kebajikan warga PDRM agar kami semua dapat menjalankan tugas dengan lebih baik, dan aku berharap dapat capai impian aku dengan jayanya.


Comments