transformarsi dari orang awam kepada anggota badan berunifofm

Pada 10/8/2014 bermula lah kisah baru dalam hidup aku, tarikh aku mula melangkah masuk ke alam pekerjaan yang aku impikan. Menjadi seorang anggota polis adalah cita-cita ku dari kecil lagi alhamdulillah pada usia 24 tahun cita-cita ku tercapai, aku mula menjejakkan kaki ke Pulapol Kuching untuk mejalani Latihan Asas Kadet Sarjan, selama 9 bulan di kuching aku di latih untuk menjadi seorang anggota polis, belajar menjadi lebih kental dari segi mental dan fizikal, ubah mindset dari orang awam kepada seorang anggota polis, Setelah tamat latihan pada 18/5/2015 aku di tugaskan di johor bahru, bermula kerjaya sebagai seorang penolong pegawai penyiasat di IPD Johor Bahru Utara di Cawangan Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak, dan pada 01/01/2017 aku bertukar ke IPK Johor namun masih di cawangan yang sama dan masih di IPK hingga hari ini,  kini hampir 5 tahun aku berkhidmat masih panjang lagi masa untuk aku berkhidmat dlm PDRM.





Bekerja di dalam bidang penguatkuasa dan badan beruniform ini menjadikan aku seorang yang lebih matang, sabar, berdisplin kerana kita berurusan dengan orang awam yang mempunyai 1001 masalah yang perlu kita bantu, lebih-lebih apabila  bekerja di cawangan siasatan seksual, wanita dan kanak-kanak di mana meliputi kes-kes yang memerlukan kita lebih bersifat sensitif pada persekitaran, lebih empeti terhadap mangsa-mangsa namun sifat tegas perlu ada dalam kita menjalankan siasatan. Nasib baik juga waktu belajar dahulu aku mengambil jurusan pendidikan awal kanak-kanak sedikit sebanyak membantu juga apabila berurusan dengan mangsa kanak-kanak, bnyak pengalaman, ilmu yang  aku dapat sepanjang berkhidmat dalam unit yang tidak akan aku dapat jika tidak menjadi seorang anggota polis.
 ok stay tune guys untuk  love story aku  plak pas ni  yeeee  :)

Comments