MY LOVE STORY


Cinta datang tanpa diundang, seumur masa tercipta..
 dia datang bagai sakti bagai menyaksi mekar kembang pagi... 

Cewahhh! nyanyi pulak kita kan hihi, sebenarnya nak cakap cinta antara aku dan dia seperti lagu tu lah datang tanpa diundang. Azizi bin rosli itulah nama si dia yang berjaya mencuri hati ini, pertemuan dia adalah senior aka sifu ku di tempat kerja,kami sama-sama bekerja di IPD Johor bahru Utara, di cawangan yang sama, dia  lah yang telah banyak mengajar aku bagaimana untuk menyiasat kes-kes di bawah seliaan kami, dalam diam masing-masing sudah mempunyai rasa suka namun masih belum berani untuk meluah hihi.




Setelah  hampir 1 tahun bekerja bersama si dia  telah meluahkan rasa cinta,, pheewwiiiiiittt! haha cinta tak bertepuk sebelah tangan rupanya ( bisik dalam hati waktu tu lah )  dan kami bersetuju untuk ikat tali pertunangan pada bulan 3/2016 dan akhiri zaman bujang kami pada  16/12/16 dan kini hampir 3 tahun usia perkahwinan kami masih berdua belum di beri rezeki untuk menimang cahaya mata, namun kami tidak menjadikan itu sebagai 1 masalah, alhamdulillah aku bersyukur kerana kini mempunyai keluarga sendiri, dapat suami yang baik, memahami, bertanggungjawab dan boleh membimbing aku ke jalan yang benar, tiada ada apa lagi yang di harapkan selain hubungan perkahwinan ini kekal bahagia hingga je jannah.. 



Last but not least aku nak bermadah sikit ni

Aku tanpa mu...

seperti burung yang terbang dengan satu sayap
mampu melintas awan tapi dengan rasa sakit yang tak tertahan
seperti gelap malam yang hanya  di temani bulan, tanpa bintang
tanpa rasi yg membentuk gugusan-gugusan indah
mampu temnai jiwa-jiwa sepi meski
tanpa  keindahan sempurna

meh aku tempek sikit video gambar moment-moment indah kami dari dulu hingga kini.. layaannnnnzzzz hokeh.
Ok sekian untuk entri kali ini, stay tune yeee..

Comments